Friday, November 4, 2011

BERAYA KOARBAN BERSAMA STRATEGI BELAJAR SEJARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua pelajar SMKR khususnya calon SPM 2011, Guru Sejarah anda mengucapkan selamat menyambut hari raya korban. Bercakap pasal korban ni sesuai sangat bahawa dimasa cuti semua keluarga dah pulang bercuti, anda perlu korbankan sesuatu yang anda sayang. Apa tu ? Ya betul masa bersuka-suka bersama keluarga tercinta dengan bahan STRATEGI BELAJAR SEJARAH yang telah dibekalkan kepada anda. Sudah tiada masa lagi bagi anda semua. Masa dah sampai ke penghujung. Tumpukan kepada semua tajuk yang disarankan sehingga 16 NOVEMBER 2011. Sesungguhnya pengorbanan anda itu akan berbaloi pabila keputusan SPM nanti diumumkan. Kami semua guru-guru hanya mampu berdoa agar anak didik kami menjadi MANUSIA CEMERLANG. You are what you READ.